Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Apa khabar sahabat-sahabat semua, semua anda sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Insya Allah.
Hari ini saya nak ceritakan beberapa jenis kerosakan telefon bimbit atau handphone yang sering terjadi :
- Skrin retak
Ini terjadi apabila handphone terbentur atau terhentak atau terjatuh ke objek yang keras seperti terjatuh ke lantai. Ada juga kes skrin retak akibat letak handphone dalam saku atau poket seluar sebab terhimpit dengan kunci atau lighter.
2. Kerosakan skrin sentuh
Kerosakan touch screen boleh terjadi antaranya sebab touchscreen atau digitizer mengalami keretakan. Kabel sambungan longgar atau kabel sambungan ada yang terputus jalurnya.
3. Kerosakan kamera
Kerosakan terjadi mungkin kerana terjatuh ke dalam air khususnya air laut yang masin itu mengakibatkan kerosakan komponen kamera.
4. Kegagalan bateri
Tempoh umur bateri yang sudah terlalu lama. Tempoh pengecasan yang terlalu lama atau dibiarkan cas dalam tempoh yang lama.
5. Kegagalan butang utama
Kabel sambungan pada motherboard longgar atau mengalami kerosakan seperti ada jalur yang terputus.
6. Kegagalan port pengecas
Seperti punca kerosakan bateri, pengecasan dalam tempoh yang terlalu lama dan menggunakan kabel atau palam pengecas tiruan dan rendah kualiti.
7. Kerosakan pembesar suara, kegagalan mikrofon, kegagalan fon kepala dan kegagalan butang bunyi
Kerosakan komponen akibat terjatuh ke dalam air atau kabel sambungan longgar atau putus jalurnya.
Saya menawarkan perkhidmatan membaiki telefon bimbit jenis android atau iOS (iPhone) di area Sungai Haji Dorani, Sungai Besar dan sekitarnya.
Harga upah pembaikan handphone antara RM30,RM50 dan RM100 bergantung pada tahap pembaikan.
Alat ganti telefon akan dibuat "pre order" terlebih dahulu dan kemudian baru sebut harga kepada pelanggan. Apabila teknisi dan pelanggan setuju dengan harga dan tempoh pembaikan barulah deal.
Comments
Post a Comment